Saturday, May 25, 2013

"Takkan adek sorang pun tak boleh jaga!"kata maknya..

Di satu hari
Pada majlis pertandingan Kalam Jamaie(Arabic Choral Speaking)
Ketika itu sekolah saya jadi tuan rumah..

Sekitar jam 3 petang..
Murid: Cikgu, abg saya nak jumpa
Cikgu: Siapa abang awak..darjah berapa..kenapa dia nak jumpa saya..
Murid: Dia nak tanya kenapa cikgu cubit saya
Cikgu: Saya takda masa, saya ada keja ni..esok2 jumpa saya..(dlm hati ingat budak ni main2)

5 minit kemudian..
Murid: Cikgu, abang saya nak jumpa
Cikgu: Kenapa saya kena jumpa abang awak..awak dah tau perangai awak macam mana..
cakap dengan abang awak kalau tak puas hati boleh terus pergi jumpa guru besar..saya ada majlis..(hmm betol serius budak ni..dalam kepala bila masa la aku cubit kau budak)


aku masih di kedudukan ku cuma beranjak sedikit ke belakang 
dalam hati (x payah la dia datang buat kecoh kat sini)
tup tup..
seorang lelaki berbadan tough berskaf rambut dengan jeans ketat mendekatiku..

Lelaki: Cikgu, maafla cikgu saya nak jumpa cikgu ada hal sikit nak bincang(dengan nada sedikit keras)
Cikgu: Oh okay tapi dekat belakang..sini ramai orang..kami ada majlis..saya tak suka nak kecoh
Lelaki: Saya bukan apa cikgu..mak saya kata dekat tangan adik saya ada kesan lebam..bila ditanya dia kata cikgu cubit dia sebab bising..takkan sebab bising je..dia cakap kat saya..takkan adik kau sorang pun tak boleh jaga!
Cikgu: Oho..yeke..bila cikgu cubit kamu..bukan ke dah seminggu lebih kita exam?
Murid: Ade masa tu cikgu jaga periksa..

Dalam hati (Cikgu):  ye betol memang aku ada jaga exam kelas tu mase paper matematik..budak tu darjah empat..kelas akhir..kelas tu..jawab periksa x mcam periksa..boleh main..gurau dengan kawan,berborak, ketawa, usik kawan..senang cerita aku tak pernah rasa pun environment macam tu dulu masa aku sekolah...tapi tak boleh nak salahkan budak-budak tu..dah memang dia tengok soalan macam soalan bahasa jepun..yang simple pun payah nak buat dan paham..apa yang aku akan buat ialah guide diorang, bagi hint untuk soalan-soalan yang diorang boleh cuba jawab pada pikiran aku..)

Cikgu: Oho..sorila encik..saya pun tak berapa ingat sangat..mungkin betolla saya yang cubit..tapi kuat mana sampai lebam tangan  si (murid) ni saya pun tak perasan..saya minta maaf encik..niat saya untuk mengajar..encik cuba tanya adik encik macam mana perangai adik encik dalam kelas saya..setiap kesalahan selalunya saya akan warning dulu..bukan tiga kali malah lebih..saya bukan cikgu yang garang..saya lebih suka guna pendekatan yang baik sebenarnya...encik boleh tanya adik encik..mungkin kalau dengan cikgu lain lebih teruk dia kena..mungkin ini salah saya sebab tak garang dari awal..
Lelaki: Kau cakap betol2! siap kau balik rumah..aku pijak2 kepala kau..aku belasah kau nanti!kau nak belajar ke taknak..buat penat aku anta kau sekolah setiap hari!
Cikgu: Dalam hati (owh ye..mcm ni rupanya dia jaga adik dia yg sorang)
Murid: Muka cuak dan takut..ala bukan orang sorang yang main!
Cikgu: Macam ni la encik..kalau encik tak suka saya takkan buat lagi lepas ni..mungkin juga saya takkan ambil endah pd adik encik..saya mengajar bukan seorang..kadang2 pelajar mcm ni akan mengganggu kelas..lagipun saya ikhlas.. bagi saya, saya nak semua anak murid saya pandai..kalau cara baik dh x jalan..macam mana..si murid ini tinggal dengan sapa?
Lelaki: Saya dan mak saya
Cikgu: Ayah?
Lelaki: Ayahnya dah takda..

Dalam hati (Cikgu):  oho anak yatim rupanya..hm..cikgu mintak maaf kalau menyakiti kamu..tapi niat cikgu untuk mengajar kamu..kuat perlahan..sumpah mmg cikgu tak perasan..sinonim.. anak yatim ni x dapat full of love n attention dari parents jadi usually diorang akan jadi attention seeker kat sekolah..biasanya kalau aku tau background budak tu..aku akan layan dia baik..smpi dia rasa disayangi..dan malu untuk cari pasal dengan cikgu..silap aku x kenal budak tu lebih..tp kelas biasa 30-40 orang beb!terlayan tak?!

Lelaki: Tak apala cikgu saya mintak maaf banyak-banyak..Saya tak tahu pun perangai adik saya!Siap kau eh balik rumah!memang teruk kau aku belasah!aku sampai cuti nak jumpa cikgu kau!! (kata lelaki kepada murid)
Cikgu: Ok saya pun mintak maaf jugak..

Dalam hati: Lepas ni nak sorok tangan dalam dalam..kena tingkatkan kesabaran dan iman..kena tegas..dah tak boleh terlalu baik dan berlembut..sebab otak mereka dah di setting dari awal..cikgu baik boleh main!!

Dalam hati lagi : Takkan endahkan budak tu lagi!buat x layan je..biar sampai dia terasa dan menyesal (ini syaitan!)

Tiba waktu p&p seperti biasa...
Murid tadi senyum tersipu..Cikgu balas senyumannya..benar ini bukan kata hati cikgu yang tadi!Dah namanya ahli syurga..layakkah cikgu yang banyak dosa nak marah dan berdendam padanya!!Tedetik juga rasa simpati padanya..sudahla tak dapat kasih sayang dan manja ayahnya..malah dilayan kasar oleh si abang..yg cikgu cubit sekali dengan berpuluh kesalahan si murid bukan dalam tempoh sehari..tapi untuk keluarkan perkataan yg kasar dan menjengkelkan setiap masa..xkan tersebut oleh mulut..malah nak berbahasakan engkau aku pun tidak mahu oleh hati..

Murid semakin semangat untuk belajar dan bertanya kepada cikgu...Cikgu rasa terharu dan gembira..

Dalam hati : bukankah cikgu yang selalu  ingatkan biar orang buat jahat pada kita..tapi kita kena tetap istiqamah berbuat baik pada semua orang..cikgu perlu lebih bermuhasabah dan transform menjadi cikgu yang rol model dan kaya nilai!insya Allah..

semoga ini kes yang pertama dan terakhir!!
13052013


No comments:

Post a Comment